Wednesday 18 April 2012

Sejarah SK Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang Johor

 Gambar Hadapan Pintu Masuk ke SK Tanjung Puteri Resort

SK Tanjung Puteri Resort terletak di Taman Perumahan Taman Tanjung Puteri Resort. Sekolah ini di bina di atas tapak PTD 103772, Pasir Gudang Johor Darul Takzim. Ianya juga terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Jarak sekolah dari Bandaraya Johor Bahru adalah lebih kurang 45 kilometer.

Projek ini dibina secara rundingan terus “design and build”. Kerja-kerja untuk Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort telah dimulakan pada 29 Mei 2000 dan projek ini dijangka siap pada 28 Ogos 2001. Tetapi ianya tidak dapat disiapkan mengikut jadualnya atas sebab-sebab tertentu. Sekolah ini hanya siap pada Ogos 2002. Malangnya atas sebab-sebab yang tertentu, pembinaan projek ini tidak dapat diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.Setelah 3 tahun tertangguh akhirnya pada bulan Januari 2005 barulah di jangka projek ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sk. Tanjung Puteri Resort telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Zakaria bin Hj.Abd. Syukor, (pada ketika itu ketua sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendididkan, JPNJ) dan dibuka secara rasminya bagi proses pengajaran dan pembelajaran pada 3 Januari 2005. Bermula dengan 10 buah kelas dan satu buah kelas pendidikan khas, jumlah murid yang ada pada ketika itu  ialah 306 orang murid dengan kekuatan seramai 21 orang tenaga pengajar telah ditugaskan mendidik murid-murid dari tahun1-5.

SK Tanjung Puteri Resort telah 3 kali bertukar peneraju. Kini, En Mohd Jaafar Bin Abd. Rahim telah diamanahkan untuk menerajui SKTPR dengan dibantu oleh:
1)  Pn, Zarinawati bt. Bt Ismail sebagai Guru Penolong Kanan Akademik
2)  Pn. Noresah bt Abdul Hamid sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3)  En. Ghazali bin Hamat Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4) Tn Hj Mohd Saifullizan Bin Hj Senin Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Kemudahan dan Infrastruktur serta fizikal sekolah juga telah bertambah dari tahun ke tahun. Antaranya kemudahan Perpustakaan, Makmal Sains, Bilik Akses, Bilik JQaf, Bilik Muzik, Bilik PSV, Bilik Displin, Bilik Fail dan KSSR, Surau, Makmal Sains, Bilik KH, Bilik Pengurusan Sukan, Pra Sekolah, Pendidikan Khas, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pemulihan, Bilik SPBT, Koperasi Sekolah, Bilik Media, Bilik Alat Bantu Mengajar, Sudut pameran antidadah 1M1S Kokurikulum, HEM dan Akademik dan Sudut Sejarah. 

Selain itu, pihak sekolah juga telah menerima sokongan padu daripada masyarakat luar. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKPTR telah ditubuhkan pada 26 Febuari 2005, sekolah angkat kepada Honda Autoparts Pasir Gudang dan juga turut menerima sumbangan dari pihak luar

Kesimpulanya, dengan adanya sikap kebersamaan antara guru dan pihak PIBG, SK Tanjung Puteri Resort akan dapat dalam menjulang nama sekolah ke mercu kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. 
                                                                                                   - Sejarah SKTPR 2005 -